RAMAI individu berdepan masalah kewangan menjelang pertengahan bulan, namun beberapa langkah ringkas sebenarnya mampu membantu memastikan bajet bertahan sehingga gaji seterusnya.
Berikut kami kongsikan ‘trick’ kecil dan ringkas, namun boleh membantu dompet anda bertahan sehingga ke hujung bulan:
1. Antara amalan paling mudah ialah membawa minuman sendiri kerana pembelian air mineral setiap hari, walaupun kelihatan kecil, tetap memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan jika dilakukan secara berterusan.
2. Anda juga boleh menetapkan hari tertentu sahaja untuk membuat pesanan makanan melalui aplikasi seperti GrabFoob dan Food Panda. Ini dapat mengurangkan perbelanjaan tidak perlu dan memastikan ia kekal sebagai pilihan sekali sekala.
3. Barangan kecil seperti tisu, snek atau minuman kotak juga perlu dipantau. Item-item kecil seperti ini sebenarnya menjadi punca kebocoran bajet tanpa kita sedar.
4. Bagi mereka yang mempunyai jadual padat, memasak hidangan mudah seperti telur atau ayam goreng sudah memadai untuk mengurangkan kebergantungan kepada makanan luar.
5. Simpan lebihan syiling dalam satu bekas. Duit ini boleh digunakan untuk keperluan tertentu.
5. Sebelum membeli barangan dapur, pengguna disarankan membuat perbandingan harga bagi mengelakkan pembelian pada harga yang lebih tinggi berbanding pasar raya lain.
6. Untuk mengurangkan risiko pembelian impulsif, elakkan membuka aplikasi beli belah ketika bosan kerana tabiat tersebut sering berakhir dengan penambahan barangan ke dalam troli tanpa perancangan.
7. Penetapan had perbelanjaan harian yang praktikal menjadikan pemantauan aliran kewangan lebih teratur dan memudahkan penyesuaian semula jika perbelanjaan melebihi jumlah yang ditetapkan pada hari tertentu.
Dengan mengamalkan langkah-langkah kecil ini, pengurusan kewangan harian dapat ditingkatkan sekali gus membantu dompet bertahan lebih lama sehingga ketibaan gaji berikutnya.


