SEORANG wanita didakwa menjerut leher bayi perempuannya berusia 10 bulan menggunakan wayar elektrik, selepas bertengkar dengan kekasih.
Difahamkan, punca perselisihan faham antara wanita berusia 19 tahun itu dengan teman lelakinya disebabkan kekasihnya itu enggan membantu mencuci botol susu anaknya.
Rakaman berhubung kejadian itu dimuat naik di laman sosial.
Kejadian berlaku di Ratchaburi, Thailand pada Khamis lalu.
Menerusi rakaman tersebut, bayi malang itu dilihat menangis teresak-esak.
Wanita itu kemudian meleraikan wayar elektrik tersebut daripada leher anaknya tetapi terus memandang bayi berkenaan dan teman lelakinya dalam keadaan marah.
Memetik laporan Esor News, kes tersebut kini dalam siasatan dan terdapat badan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan bantuan untuk memberi perlindungan kepada bayi berkenaan.
Menurut Amarin TV, bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan dengan bekas suami.
Sementara itu, teman lelaki berusia 22 tahun berkenaan mendakwa kekasihnya sering mendera anaknya setiap kali mereka bertengkar. -Agensi