suria

Lelaki koma dibelasah 2 hari sebelum kahwin... Tunang, kekasih gelap dalang serangan

Seorang lelaki koma selepas diserang oleh sekumpulan lelaki. Foto Agensi

SEORANG guru cedera parah dibelasah kekasih tunangnya, dua hari menjelang perkahwinannya.

Lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang ketika diserang menggunakan kayu dan kayu besbol.

Akibat kejadian itu, mangsa kini berada dalam keadaan koma dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di New Delhi, India.

Kejadian menimpa mangsa yang dikenali sebagai Gaurav, didakwa melibatkan tunangnya sendiri, Neha sebagai dalang, yang menjalinkan hubungan sulit dengan suspek.

Difahamkan, mangsa sempat menghubungi keluarganya untuk mendedahkan mengenai kejadian sebelum tidak sedarkan diri.

Dalam serangan itu, mangsa mengalami patah kedua-dua kaki, sebelah tangan, hidung, serta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mengimbas pertunangan mereka pada 15 April lalu, keluarga mangsa mendedahkan pihak bakal pengantin perempuan menghadiahkan Gaurav sebentuk cincin dan seutas rantai.

Namun, suspek merampas aksesori tersebut dalam serangan berkumpulan itu dengan mendakwa mangsa tiada hak ke atas Neha.

Pihak polis dari balai polis Sadar Ballabhgarh mengesahkan mengenai kedua-dua suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain