suria

Remaja perempuan dedah jadi mangsa rogol 16 lelaki, diberi upah RM13 ‘tutup mulut’

Kenaifan kanak-kanak sering dieksploitasi demi kepentingan peribadi. -Foto hiasan

TUJUH suspek ditahan setakat ini susulan dakwaan merogol seorang remaja perempuan 15 tahun.

Mangsa mendakwa menjadi mangsa rogol 16 lelaki dalam kejadian berasingan sejak dia bersekolah rendah.

Malah, mangsa turut mendedahkan salah seorang suspek merogolnya berulang kali.

Kejadian dilaporkan berlaku di Maluku Utara, Indonesia.

Difahamkan, suspek mengumpan mangsa antara Rp50,000 hingga Rp100,000 (RM13-RM26) supaya merahsiakan setiap perbuatan itu dan mengancam membuka aibnya sekiranya enggan berbuat demikian.

Dakwa mangsa, insiden terakhir berlaku pada 18 Februari lalu.

Susulan pengakuan itu, keluarga mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Halmahera Selatan, Hendra Gunawan berkata, beberapa warga emas antara yang ditahan bagi membantu siasatan.

Selain itu, beberapa suspek dikenal pasti berkhidmat sebagai guru dan pengetua sekolah.

Kes tersebut masih dalam siasatan polis. -Agensi

Artikel Lain