suria

Wanita pura-pura solat, rembat duit tabung surau selepas tunggu ‘line clear’

Tangkap layar tular dikongsikan di media sosial.

TULAR di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang wanita yang berpura-pura menunaikan solat sebelum mencuri wang dari tabung derma.

Menurut Aceh Antara News, wanita berkenaan dilihat lengkap bertelekung dan sedang menunaikan solat seperti biasa. 

Dalam masa sama, seorang wanita lain turut berada di surau tersebut dipercayai sedang membetulkan tudungnya di hadapan cermin.

Namun sebaik wanita itu meninggalkan surau, suspek segera menghentikan ‘solatnya’ lalu membuka telekung dan terus menuju ke tabung derma sebelum mencuri wang di dalamnya.

Perbuatan tidak bermoral itu berlaku di sebuah surau di pusat beli-belah ITC Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia.

Klip video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap perbuatan suspek kerana sanggup memperalatkan ibadah suci untuk tujuan jenayah.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan ITC Cempaka Putih mahupun pihak berkuasa tempatan berhubung insiden tersebut. 

Malah, tarikh sebenar kejadian juga masih belum dapat dipastikan.

Artikel Lain