suria

Tak hirau orang hulur tangan, lelaki maut ditikam sebab enggan bersalam

Bolot dikesan berada di bawah pengaruh alkohol sewaktu dia menikam mangsa. -Foto detikcom

SEORANG pemuda maut ditikam gara-gara enggan berjabat tangan dengan individu yang tidak dikenalinya.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Bolot, 24, didakwa menghulurkan tangan, namun ia tidak diendahkan mangsa.

Suspek yang berang bertindak memukul mangsa sebanyak lima kali sehingga tercetusnya pergaduhan antara mereka.

Selepas dileraikan, mangsa kembali mendekati suspek sehingga pergaduhan tercetus sekali lagi.

Pelaku kemudiannya mengeluarkan pisau lipat dan menikam dada kanan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 15 hari bergelar suami, lelaki maut dibunuh... Pendedahan klip video mengejutkan

Tragedi itu berlaku di Magelang Tengah, Indonesia pada Sabtu malam.

Mangsa dikenali sebagai Evander, 25, meninggal dunia kira-kira tiga jam selepas menerima rawatan di sebuah hospital.

Dalam pada itu, polis berkata pelaku dikesan berada di bawah pengaruh alkohol ketika serangan.

Suspek dari Magersari itu berjaya diberkas dengan bantuan bakal isterinya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Magelang, Iptu Iwan Kristiana mengesahkan suspek kini dalam tahanan Ibu Pejabat Polis Magelang.

Dia berdepan hukuman penjara 15 tahun, jika sabit kesalahan. - Agensi

Artikel Lain