SEORANG lelaki berdepan tindakan pihak berkuasa selepas mencuri sebuah motosikal semata-mata untuk dijadikan hadiah hari jadi isterinya.
Suspek dikatakan mencuri motosikal dari sebuah kawasan parkir berhampiran deretan rumah kedai selepas mendapati kunci kenderaan tersebut ditinggalkan pemiliknya.
Tertuduh mengaku bersalah atas perbuatan jenayah mencuri motosikal tersebut yang dilakukan di kawasan Penjaringan, Jakarta di Indonesia.
Menurut kenyataan Polsek Metro Penjaringan pada Sabtu, suspek kelihatan beberapa kali mundar-mandir di lokasi kejadian sebelum mencuri.
Susulan kejadian itu, pihak polis segera menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek bersama motosikal yang dicuri.