SEORANG lelaki menggemparkan ramai apabila 'menyimpan' mayat bapanya di dalam almari selama dua tahun, hanya kerana enggan menanggung kos pengebumian bapanya itu.
Bapa lelaki berkenaan meninggal dunia pada Januari 2023, ketika usianya 86 tahun.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Tokyo, Jepun.
Memberi keterangan kepada polis, suspek, Nobuhiko Suzuki, 56, mendakwa bapanya ditemui tidak lagi bernyawa di rumah selepas dia pulang dari kerja, dua tahun lalu.
Dia juga menegaskan bahawa punca sebenar kematian bapanya itu tidak diketahui.
ARTIKEL BERKAITAN: 6 tahun pasang ‘aircond’, rahsia ibu simpan mayat anak terbongkar sebab dah tak mampu bayar bil
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu muda bunuh bayi baru lahir, sorok dalam almari... Dakwa alami tekanan perasaan
Tindakan suspek menyembunyikan mayat bapanya terbongkar apabila lelaki itu dikatakan menutup restoran miliknya selama seminggu.
Perkara itu menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan jiran-jiran yang kemudian menghubungi polis, sehingga membawa kepada penemuan rangka manusia di dalam almari di kediamannya.
"Pengebumian sangat mahal," katanya yang memberi alasan menyembunyikan mayat bapanya.
Meskipun Suzuki menyesali perbuatannya itu, dia bagaimanapun menyalahkan bapanya di atas kematiannya sendiri.
Suspek kini ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan dengan tuduhan menyalahgunakan wang pencen bapanya. -Agensi