IRAN melepaskan puluhan peluru berpandu ke arah Israel pada Jumaat malam sebagai tindak balas kepada serangan besar-besaran ke atas kemudahan nuklear dan kepimpinan tentera Tehran.
Serangan itu membuatkan bunyi letupan kuat kedengaran di seluruh Baitulmaqdis.
Stesen TV Israel turut menunjukkan kepulan asap besar menyelubungi Tel Aviv selepas serangan peluru berpandu itu.
Menurut pasukan ketenteraan, berpuluh-puluh peluru berpandu telah dilancarkan ke arah Tel Aviv.
Susulan itu, seluruh penduduk diarahkan untuk berpindah ke tempat perlindungan yang lebih selamat.
Terdahulu pada awal pagi Jumaat Israel telah melancarkan serangan ke atas Iran menerusi serangan udara bertubi-tubi.
Ia didakwa tepat mengenai tapak nuklear dan peluru berpandu Tehran.
Difahamkan tindakan balas itu meningkatkan potensi untuk perang habis-habisan antara dua musuh sengit Timur Tengah.
Malah serangan yang berlaku ini, adalah paling besar dihadapi Iran sejak perang 1980-an dengan Iraq. -Agensi