suria

Sumbat kabel USB di kemaluan, doktor bimbang rangsangan seksual pelik ragut nyawa

Lelaki perlu memberi keutamaan pada masalah kesihatan dalaman. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar lelaki bertindak ekstrim dengan memasukkan kabel USB ke dalam alat sulit demi mendapatkan rangsangan seksual.

Bagaimanapun, tindakannya itu menjerat diri apabila kabel tersebut tidak dapat dikeluarkan.

Lebih mengejutkan, penuntut berusia 21 tahun ini turut mengakui pernah melakukan aksi sama dengan menggunakan pengorek telinga (cotton bud) dan juga kawat.

Kejadian dipercayai berlaku di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Cari kepuasan dengan cara pelik, remaja terpaksa dibedah selepas wayar tersangkut dalam zakar... 9 hari tahan sakit

Menurut petugas kesihatan, hasil imbasan menunjukkan kabel USB berselirat dan tersangkut di dalam pundi kencing pelajar terbabit.

Susulan itu, pelajar terbabit terpaksa menjalani pembedahan dan dirawat selama seminggu sebelum dibenarkan pulang.

Mengulas lanjut, petugas kesihatan berkata, perbuatan berkenaan boleh mengundang pelbagai risiko termasuk jangkitan kuman.

"Memasukkan sesuatu ke dalam alat kelamin semata-mata ingin mencapai kepuasan seksual jarang berlaku.

"Pelaku berkemungkinan mengalami masalah kesihatan dalam jangka masa panjang," jelasnya.

Malah katanya, pesakit berisiko terkena sepsis akibat jangkitan kuman sehingga meragut nyawa apabila terjadinya kerosakan secara kekal pada organ pembiakan. -Agensi

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia