SEPASANG suami isteri dikecam selepas gambar mereka membawa lima orang anak menaiki sebuah motosikal tular di media sosial.
Foto itu dikongsi oleh di laman Facebook pada 6 Julai oleh seorang pengguna jalan raya yang turut lalu di situ.
Dalam gambar tersebut, seorang kanak-kanak dilihat duduk di hadapan si bapa yang menunggang motosikal.
Seorang lagi duduk di sebelah, sambil mendukung adiknya yang lebih kecil.
Si ibu pula duduk di belakang sambil memangku dua lagi anak kecil.
Kanak-kanak tersebut kelihatan berpaut dengan kaki mereka hampir menyentuh permukaan jalan.
Foto itu dikongsi oleh di Facebook Phuket Hotnews dan Newshawk Phuket, di mana rakaman dibuat ketika keluarga tersebut menaiki motosikal di Terowong Sam Kong di daerah Mueang, Phuket, Thailand.
Selain jumlah penumpang yang berlebihan, ramai netizen turut menegaskan motosikal tidak dibenarkan melalui terowong mengikut undang-undang trafik Thailand.
Malah, tiada seorang pun dalam keluarga itu yang memakai topi keledar.
Sebilangan netizen menyatakan simpati dengan berpendapat pasangan itu mungkin terlalu miskin untuk memiliki kereta.
Namun begitu, ramai yang tidak bersetuju dan menegaskan kemiskinan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melanggar undang-undang. -Agensi.