SEORANG lelaki mencuri perhatian apabila bertindak duduk bersila dalam posisi 'teratai', seolah-olah bertapa sejurus terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Lelaki berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Huang, dikatakan keluar dari kenderaan utiliti sukan (SUV) yang remuk dan terus duduk dengan tenang di laluan pejalan kaki.
Dia kemudiannya meletakkan tangan di atas perut dan bernafas perlahan-lahan, seolah-olah sedang mengaktifkan ‘tenaga dalaman’.
Lebih menambah rasa hairan apabila dia membuat aksi [Tonton Video] menumbuk ke arah langit.
Polis yang tiba di lokasi kejadian turut berasa hairan melihat aksinya.
Bimbang tindakan tersebut dipengaruhi alkohol mahupun dadah, polis kemudiannya melakukan ujian berkaitan.
Namun, hasil ujian kedua-duanya adalah negatif.
Kemalangan pada Isnin lalu itu berlaku di lebuh raya Nantou, Taiwan, apabila SUV dipandunya merempuh sebuah kereta sedan sebelum terbalik beberapa kali. -Agensi