suria

‘On’ mod video telefon di tandas kakitangan, doktor muda ‘kaki hendap’ ditahan polis

Suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

SEORANG doktor berusia 27 tahun didakwa atas kesalahan menggunakan telefon bimbit bagi membuat rakaman di tandas kakitangan di Hospital Austin, Heidelberg pada 3 Julai.

Menurut polis, peranti tersebut dipercayai telah dipasang untuk satu tempoh masa sebelum ia dilaporkan oleh kakitangan.

Susulan daripada itu, satu waran geledah telah dilaksanakan di sebuah alamat di Heidelberg West pada Khamis.

Suspek kemudiannya didakwa atas kesalahan menghendap (stalking) dan penggunaan peranti pemantauan optik.

Dia bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan dan dijadual hadir ke Mahkamah Majistret Heidelberg pada 29 Ogos.

Sementara itu, jurucakap Austin Health berkata, pihak mereka memandang serius insiden yang berlaku.

"Kami mengambil serius soal keselamatan dan kesejahteraan kakitangan kami, dan baru-baru ini telah membuat laporan rasmi kepada Polis Victoria.

"Memandangkan perkara ini kini di bawah siasatan polis, kami tidak dapat berkongsi maklumat lanjut mengenai laporan tersebut," kata jurucakap itu. -Agensi

Artikel Lain