SEORANG wanita menemui ajal gara-gara beronani menggunakan peralatan dapur di rumahnya.
Mayat mangsa berusia 39 tahun itu ditemukan tanpa seurat benang oleh bekas suaminya dalam keadaan mengiring dan berselimut.
Tiada sebarang tanda serangan fizikal dikesan pada mayat.
Kejadian dilaporkan berlaku di Serbia.
Punca kematian diklasifikasikan sebagai pendarahan akibat pembuluh darah yang pecah, dengan darah beku berukuran enam milimeter turut ditemukan di dasar otak.
Sementara itu, bekas suami mangsa mendedahkan bahawa wanita terbabit mempunyai sejarah hipertensi dan perlu bergantung kepada ubat-ubatan sebagai rutin harian.
Bagaimanapun, bedah siasat turut menunjukkan keputusan yang mengejutkan, apabila alat pemukul telur berukuran 10 sentimeter (cm) ditemui di dalam saluran perkumuhan wanita berkenaan.
Penemuan mengejutkan itu dikaitkan dengan aktiviti yang dilakukan mangsa bagi membantu meningkatkan rangsangan seksual.
Pasukan perubatan menjelaskan, rangsangan seksual dan syahwat wanita itu disyaki menjadi punca tekanan darahnya meningkat, menyebabkan aneurisme di otaknya pecah sekali gus mengakibatkan pendarahan maut.
"Aktiviti seksual mampu meningkatkan tekanan darah yang lebih tinggi berbanding aktiviti biasa," jelas kakitangan perubatan. -Agensi