suria

Remaja 16 tahun alami penderaan seksual, terpedaya tawaran kerja

Penahanan suspek bagi membantu siasatan lanjut. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki warga emas ditahan selepas disyaki melakukan penderaan seksual terhadap dua gadis berusia 16 tahun dengan alasan memberi mereka pekerjaan.

Suspek berusia 62 tahun yang dikenali sebagai Praful Lodha itu juga dituduh merogol seorang wanita sebelum ditahan di kawasan Chakala pada 5 Julai.

Menurut polis, kedua-dua gadis terbabit dikurung dan diseksa di rumahnya di Chakala selain gambar mereka ditangkap dalam keadaan yang tidak sewajarnya.

Susulan penahanan itu, polis menggeledah hartanah Lodha di Jalgaon, Jamner, dan Pahur.

Komputer riba, pemacu pen serta beberapa barangan elektronik miliknya turut dirampas.

Tertuduh telah didakwa di bawah peruntukan berkaitan Bharatiya Nyaya Sanhita dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO). -Agensi

Artikel Lain