suria

Enggan gugurkan kandungan, gadis 17 tahun mahu besarkan anak walaupun hamil benih perogol

Helene dirogol dua tahun lalu sehingga dia melahirkan seorang bayi. -Foto BBC/ Phil Pendlebury

DIA tetap anak saya.

Begitulah pendirian Helene, 19, mangsa rogol yang enggan menggugurkan kandungannya.

Walaupun kejadian tersebut meninggalkan trauma, dia tetap mahu membesarkan bayi tidak berdosa itu.

"Setiap hari, saya dirogol dan dipukul beberapa orang lelaki. Ketika itu saya umur 17 tahun. Identiti mereka tidak dapat dikenal pasti kerana mereka memakai topeng.

"Kemudiannya saya mengandung. Saya disuruh menggugurkan kandungan, tapi saya enggan. Mungkin bayi ini satu-satunya yang akan saya miliki," imbasnya.

Menurut Helene, kejadian itu berlaku dua tahun lalu ketika dia dikurung selepas kawasan kejiranannya di Port-au-Prince, Haiti diserang sekumpulan pengganas.

Dalam kejadian itu, Helene merupakan antara mangsa yang dikurung selama dua bulan.

Dia kemudiannya berjaya melarikan diri daripada tahanan.

Helene dan anaknya kini menetap di sebuah pusat perlindungan di pinggir bandar yang menempatkan kira-kira 30 mangsa lain. -Agensi.

Artikel Berikut

Artikel Lain