suria

Tak puas hati hubungan putus di tengah jalan, lelaki Malaysia sebar video intim 10 minit dengan GF Singapura

Membalas dendam terhadap bekas kekasih adalah satu perbuatan yang tidak wajar. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki dihukum penjara 20 bulan selepas didapati bersalah mengedar rakaman intim bersama bekas teman wanitanya di laman web pornografi.

Ketika membela diri, Chan Kok Kit, 35, rakyat Malaysia yang juga pemastautin tetap Singapura memberitahu mahkamah bahawa akaun media sosialnnya digodam pihak ketiga.

Bagaimanapun, mahkamah menolak hujah lelaki itu.

Menurut penghakiman pada Rabu, mangsa memaklumkan mereka menjalinkan hubungan dari Julai hingga September 2022.

Menurut mangsa, mereka melakukan hubungan seks secara suka sama suka di rumah Chan di Pasir Ris.

Namun selepas mengetahui lelaki itu sudah berkahwin, dia mengambil keputusan untuk berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan penceramah bebas, hasilkan video seks bersama 4 isteri

Sebulan kemudian, mangsa dimaklumkan oleh rakan sekerja tentang video seks melibatkan dirinya yang tersebar.

Dia kemudian menemui klip berdurasi 10 minit itu di beberapa laman web dan membuat laporan polis. 

Video itu turut memaparkan dia dalam keadaan berbogel bersama Chan tanpa pengetahuannya.

Mangsa menegaskan dia tidak pernah memberi kebenaran untuk sebarang rakaman dibuat. 

Chan kini memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

Chan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan.

Dia juga berdepan pertuduhan lain atas kesalahan memiliki filem lucah dan mengambil gambar MyKad seorang wanita. -Agensi

Artikel Lain