suria

Juruterbang ‘influencer’ disahkan maut, pesawat ringan terhempas sejurus berlepas dari Greenwood

Juruterbang berusia 44 tahun maut dalam nahas itu. -Foto Greenwood Police Department

SEORANG juruterbang wanita maut dalam nahas pesawat ringan ketika sedang menjalani misi penerbangan solo mengelilingi dunia.

Anh-Thu Nguyen, 44, maut selepas pesawat yang diterbangkannya terhempas sejurus berlepas dari Greenwood, Indiana, pada pagi Rabu.

Nguyen juga merupakan seorang vlogger yang sering berkongsi pengembaraannya dengan pengguna media sosial.

Juruterbang itu membesar di Vietnam dan berhijrah ke Amerika Syarikat ketika berusia 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Air India bawa 242 penumpang ke London terhempas

Sebelum nahas, Nguyen terbang dari Wisconsin ke Indiana, dan dia sepatutnya ke Pennsylvania sebagai lokasi seterusnya.

Ia merupakan misi mengelilingi kedua juruterbang itu.

Pada 2024, dia menjadi wanita ke-10 berjaya melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.

Nguyen juga merupakan juruterbang komersial dan pernah berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di Dragon Flight Training Academy yang diusahakannya bersama suami di Pembroke Pines, Florida.

Dia juga merupakan pengasas dan presiden pertama pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Asian Women in Aerospace and Aviation. -Agensi

Artikel Lain