suria

Kenal di media sosial sebelum ajak berjumpa, 3 remaja perempuan jadi mangsa rogol... Pelaku baru usia 16 tahun!

Perogol perlu dihukum tegas agar jenayah ini tidak berulang. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun didapati bersalah merogol tiga gadis bawah umur serta melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi mangsa.

Menurut polis, pelaku menggunakan sosial media untuk menghubungi mangsa-mangsanya yang berumur antara 13 dan 15 tahun.

Dia kemudiannya meyakinkan mereka untuk berjumpa sebelum melakukan jenayah rogol dan serangan seksual.

Polis berkata jenayah itu berlaku dalam empat kejadian berasingan antara Mei 2023 dan Disember 2024.

Dia dijatuhi hukuman di Mahkamah Salisbury Crown, England pada Jumaat lalu.

Mahkamah menetapkan remaja itu untuk menjalani hukuman lapan tahun pertama di pusat latihan yang selamat dan kemudian di institusi pesalah muda. 

Remaja itu akan menghabiskan enam tahun lagi di bawah pengawasan undang-undang selepas dibebaskan.

Dia juga akan diletakkan dalam senarai daftar pesalah seks seumur hidup.

Antara lain, mahkamah menetapkan remaja itu diberi perintah sekatan agar tidak mendekati dan mengganggu mangsa-mangsanya. -Agensi.

Artikel Lain