PIHAK berkuasa merampas puluhan unit mesin judi yang disimpan di sebuah bangunan terbiar.
Video yang tular di media sosial memaparkan mesin-mesin judi dikumpulkan di dalam sebuah bilik darjah.
Penemuan mengejutkan itu dikesan di sebuah tapak bekas sekolah rendah di Bahorok, Sumatera Utara, Indonesia.
Sementara itu, puluhan mesin jackpot yang terdapat di ruangan kelas lain turut dirampas pihak polis.
ARTIKEL BERKAITAN: Mesin Judi Berkomputer Bernilai Lebih RM1 Juta Dilupus
Menurut Ketua Polis Bahorok, AKP Tunggul Situmeang, kesemua mesin itu sudah rosak dan tidak lagi digunakan.
"Setakat ini, tiada sebarang jenayah perjudian dilaporkan di kawasan tersebut," katanya.
Hasil siasatan mendapati mesin judi itu disimpan sebagai koleksi oleh seorang penduduk setempat yang menetap berdekatan sekolah berkenaan.
Malah, lelaki itu mengaku sempat menyewakan mesin-mesin itu suatu ketika dahulu. -Agensi