POLIS membuka kertas siasatan selepas seorang remaja perempuan mendakwa dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun.
Remaja berusia 13 tahun yang menetap Rangareddy, India itu mendakwa dia dipaksa oleh ibunya untuk berkahwin pada Mei lalu.
Selepas hampir dua bulan, perkahwinan itu terbongkar selepas remaja berkenaan kembali ke sekolah dan menangis di hadapan gurunya.
Guru itu kemudian membawa remaja berkenaan ke balai polis untuk membuat laporan.
Dakwa remaja itu, bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu dan ibunya terpaksa mencari nafkah untuk menanggung keluarga.
Dakwanya lagi, ibunya meminta bantuan pemilik rumah mereka untuk mencari pasangan untuknya.
Pemilik rumah itu kemudian memperkenalkan seorang lelaki berusia 40 tahun kepada remaja itu.
Dakwanya lagi, upacara perkahwinan berlangsung di hadapan beberapa saksi walaupun dia membantah keputusan ibunya.
Polis Nandigama mendaftarkan kes itu di bawah Akta Larangan Perkahwinan Kanak-Kanak.
Lelaki itu bagaimanapun masih belum ditangkap. -Agensi.