suria

Pasangan baru 3 bulan nikah buat 'bisnes' seks... Isteri layan pelanggan dalam bilik, suami tunggu luar 'cover line'

Seks bebas dilarang dalam Islam. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki tergamak 'menjual' isteri sendiri melalui aplikasi MiChat selepas tiga bulan berumah tangga.

Perbuatan lelaki berusia 27 tahun itu terbongkar selepas isterinya ditangkap ketika sedang melayan pelanggan di sebuah bilik sewa pada 22 Jun lalu.

Kejadian yang dilaporkan pada 25 Julai itu berlaku di Tuban, Jawa Timur di Indonesia.

Ketua Siasatan Jenayah Daerah Tuban, AKP Dimas Robin Alexander berkata, penahanan dibuat selepas pihak polis menerima maklumat kegiatan itu daripada orang awam.

"Sekitar pukul 2 pagi, polis melakukan serbuan di sebuah bilik sewa di Jalan Masjid Al Falah. 

"Dalam bilik, kami temui seorang wanita bersama lelaki yang bukan suaminya sedang melakukan hubungan intim. 

"Manakala suami pula berada di luar bilik, menunggu," katanya.

Siasatan lanjut mendapati pasangan tersebut dengan sengaja menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi MiChat.

Berdasarkan pengakuan suami, dia menetapkan bayaran sebanyak 300,000 rupiah (sekitar RM77) bagi setiap pelanggan yang membuat 'tempahan'.

Antara barang dirampas semasa serbuan termasuk dua buku nikah (kad perakuan nikah), enam unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah 150,000 rupiah (sekitar RM38). -Agensi

Artikel Lain