suria

[V] Remaja jalan macam 'zombi' dalam MRT, penumpang panik lihat jatuh depan pintu

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

TULAR satu rakaman video memaparkan seorang remaja lelaki berjalan terhuyung hayang sebelum jatuh di dalam sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT).

Video berdurasi 15 saat [Tonton sini] itu memperlihatkan remaja terbabit memakai baju putih, kelihatan tidak seimbang ketika berjalan untuk keluar dari tren. 

Dia kemudian jatuh terduduk ke lantai, mencetuskan reaksi panik sesama penumpang lain, dalam kejadian di Singapura itu.

Menurut kenyataan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Jumaat, bersama remaja berusia 17 tahun itu turut ditemui vape (rokok elektronik) dan pod.

Rakaman itu memaparkan remaja berkenaan cuba bangkit semula dalam keadaan terpinga-pinga, dipercayai akibat kesan penggunaan bahan terlarang dalam vape tersebut.

"Kpod final boss," tulis individu yang memuat naik video tersebut.

Kpod merupakan istilah bagi vape mengandungi 'etomidate' menyebabkan pengguna berubah seperti 'zombie' dan berkelakuan luar kawalan.

Untuk makluman, 'etomidate' adalah ubat bius yang lazimnya digunakan dalam prosedur perubatan dan hanya dibenarkan digunakan oleh pakar perubatan di hospital. -Agensi

Artikel Lain