suria

Lelaki serah diri di balai polis lepas 2 minggu bunuh ibu, sembunyi mayat dalam kolah bersimen

Lokasi kejadian di mana suspek menyembunyikan mayat ibunya. -Foto Talknewsonline/Thaiger

SEORANG lelaki menyerah diri kepada pihak polis selepas mengaku membunuh ibunya dua minggu lalu dan menyembunyikan mayat wanita itu dalam kolah yang disimen.

Suspek berusia 33 tahun yang dikenali sebagai Tarn, hadir ke Balai Polis Romklao, Lat Krabang, Bangkok pada Isnin (4 Ogos) untuk membuat pengakuan berhubung jenayah yang dilakukannya.

Susulan itu, polis bergegas ke rumah lelaki tersebut di Soi Romklao 27 dan menghidu bau busuk yang kuat dari arah bilik mandi, lokasi Tarn menyembunyikan mayat ibunya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Worranan, 73, dan hasil siasatan awal mendapati dia dipercayai mati akibat dicekik oleh anaknya sendiri.

Tarn mendakwa dia bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap ibunya yang dikatakan terlalu banyak merungut.

Sementara itu, beberapa media turut melaporkan bahawa Tarn mempunyai sejarah masalah mental.

Tarn kini ditahan bagi siasatan lanjut dan akan menjalani penilaian kesihatan mental oleh pihak berkuasa. -Agensi

 

Artikel Lain