suria

[V] Trak pikap bawa rombongan pengantin terbalik! Geng mak-mak tercampak tepi jalan

Tangkap layar video memaparkan insiden yang tular di media sosial.

SEBUAH video memaparkan kemalangan membabitkan trak pikap yang membawa rombongan pengantin tular di media sosial sejak Ahad.

Trak terbabit yang dinaiki berbelas-belas wanita dan dua kanak-kanak itu dilaporkan hilang kawalan sebelum terbalik ketika melalui selekoh tajam di laluan berbukit.

Kejadian berlaku di daerah Gowa, Sulawesi, Indonesia sekitar pukul 4.30 petang.

Rakaman video [Tonton sini] yang dirakam orang awam memaparkan semua penumpang yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar dan terjatuh di sebelah kiri jalan selepas trak terbalik. 

Seorang saksi kejadian, Hamisah, berkata suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan penumpang wanita menjerit dan ada yang menangis panik.

"Saya terkejut tengok trak tu tiba-tiba terbalik. Ramai ibu tercampak keluar dan ada yang luka di tangan dan kaki," jelas saksi tersebut pada Isnin.

Menurut polis daerah Gowa, Ipda Heri Siswanto, siasatan awal mendapati pemandu tidak memperlahankan kenderaan menyebabkan trak hilang imbangan dan terbalik.

Beberapa mangsa mengalami kecederaan dan sudah menerima rawatan lanjut namun tiada kematian dilaporkan. -Agensi

Artikel Lain