suria

[V] Tak sedar dihendap dari arah belakang, wanita berpurdah meronta diraba lelaki gila seks

Suspek berjaya melarikan diri selepas pergelutan berlaku dengan mangsa.

RAKAMAN video seorang wanita berjubah hitam dan lengkap berpurdah yang menjadi mangsa gangguan seksual, mengejutkan warga maya.

Lebih menambah rasa bimbang apabila kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) [Tonton Video], suspek menghampiri wanita terbabit dari arah belakang sebelum bertindak memeluk dan meraba bahagian dadanya.

Tindakan mangsa yang bergelut untuk melawan menyebabkan suspek melarikan diri.

Kejadian dikatakan berlaku di kawasan Nagphani, Moradabad, dalam negeri Uttar Pradesh, India. 

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Polis Moradabad memaklumkan bahawa Ketua Balai Polis Nagphani telah diarahkan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan segera.

Siasatan terperinci kini sedang dijalankan dengan pihak polis meneliti rakaman video untuk mengenal pasti suspek. 

Operasi memburu turut dilancarkan bagi mengesan dan memberkas individu terbabit. -Agensi

Artikel Lain