suria

Rumah tangga 10 tahun dilanda badai kerana penyondol... Berani tayang suami orang, siap kenalkan sebagai kekasih!

Gambar individu dipercayai orang ketiga yang dimuat naik oleh wanita berkenaan. -Foto Amberrrss

KESETIAAN dan kasih sayang yang dicurahkan, namun dibalas dengan pengkhianatan.

Demikian kisah pahit yang dialami seorang wanita apabila rumah tangga yang dibina 10 tahun lalu, dilanda badai dek kehadiran orang ketiga.

Menerusi perkongsian di laman sosial, wanita yang dikenali sebagai Amberrrss mendedahkan 'penyondol' tersebut tanpa segan silu membawa suaminya untuk diperkenalkan kepada rakan-rakannya sebagai 'kekasih'.

"Seronok ke kenalkan suami saya sebagai kekasih kepada semua orang?" tulisnya.

Dia turut memuat naik gambar suaminya yang dilihat mesra bersama kekasih barunya itu.

Menurutnya lagi, suaminya berubah sikap sejak menjalin hubungan cinta dengan wanita tersebut sehingga dia dan anak-anak terpaksa mengemis perhatian daripada lelaki itu. 

Dalam hantaran berasingan, dia turut memuat naik video memaparkannya menyibukkan diri dengan mengambil tempahan makanan bagi mencari pendapatan sampingan. 

"Saya banyak tanggungjawab, urus tiga anak. Rumah kena kemas sebelum kamu pulang, anak-anak kena rapi, masak dan tak boleh ada bau masakan bila kamu di rumah sebab kamu tak suka.

"Saya tak menang tangan tapi kena semangat," tulisnya lagi.

Tidak menjelaskan status terkini rumah tangganya, namun wanita tersebut memberi gambaran bahawa dirinya sudah 'penat' menghadapi situasi sukar tersebut. 

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberikan kata semangat buat wanita berkenaan agar dia kuat serta tabah demi anak-anak. 

Artikel Lain