suria

Tumpang rumah kakak, gadis hamil dirogol abang ipar... Bersalin pun tak pergi hospital

Mangsa rogol wajar diberi perlindungan dan mendapat keadilan sewajarnya. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 40 tahun ditahan pada Sabtu lalu kerana didakwa merogol adik iparnya yang masih di bawah umur.

Polis turut menahan isteri suspek kerana didakwa cuba menutup jenayah yang dilakukan suaminya.

Perkara itu terbongkar apabila mangsa terpaksa dihantar ke hospital selepas dia bersalin di rumah suspek.

Menurut polis, mangsa menetap di rumah kakak dan abang iparnya di Mumbai, India.

Dalam kenyataannya kepada polis, remaja itu berkata dia dirogol beberapa kali antara Mac 2024 dan Julai tahun ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan gugurkan kandungan, gadis 17 tahun mahu besarkan anak walaupun hamil benih perogol

Selepas mendapati dirinya hamil, remaja itu mengadu kepada kakaknya, namun dia diugut agar tidak bersuara.

"Kakaknya tidak membenarkan remaja itu keluar untuk pemeriksaan atau rawatan kesihatan. 

"Dia sendiri yang (bantu) gadis bawah umur itu bersalin. Tapi apabila keadaannya semakin teruk, dia dikejarkan ke hospital Bhabha," kata sumber polis.

Kes disiasat di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO). -Agensi.

 

Artikel Lain