suria

Cinta terhalang, ibu berkomplot dengan kekasih bunuh anak sendiri… Tanam mayat di halaman rumah

Pihak polis memeriksa lokasi mayat Sandeep yang ditanam di halaman rumah ibunya. -Foto Hindustan Times

MISTERI kehilangan seorang kanak-kanak lelaki sejak 11 tahun lalu terungkap susulan penemuan sisa tulang-belulang di halaman rumahnya sendiri.

Mangsa yang dikenali sebagai Sandeep Singh dilaporkan hilang di Khojkipur, Batala pada 2014.

Selama satu dekad, dia tidak dapat dikesan, sehinggalah pegawai penyiasat menjejaki ibunya, Ranjit Kaur ke Jalandhar.

Sewaktu diasak, wanita itu akhirnya mengaku telah membunuh anaknya sendiri dengan bantuan teman lelaki, Satnam Singh serta mendedahkan lokasi mayat ditanam.

"Setelah melakukan jenayah, mereka lari ke Agra dan menetap di Jalandar," menurut pegawai polis.

Difahamkan, hubungan terlarang antara Ranjit dan Satnam sama sekali tidak direstui mangsa yang berusia 12 tahun ketika itu.

"Bagi menutup mulutnya, maka dia dibunuh. Sebaik sahaja Sandeep hilang, Ranjit dilihat keluar mencari rezeki di Pune. Namun, dia tidak pernah kembali.

"Setelah menunggu berbulan lamanya, saya memutuskan untuk membuat laporan polis," menurut bapa saudara mangsa, Harjit Singh.

Pihak polis kemudian menahan kedua-dua suspek untuk tindakan lanjut. -Agensi

Artikel Lain