suria

Rider berwajah ‘jambu’ jadi mangsa gangguan seksual... Pelanggan lelaki peluk dari belakang, tangan menjalar ke alat sulit

Tangkap layar video yang tular di aplikasi TikTok.

SEORANG penunggang teksi motosikal mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual ketika dalam perjalanan menghantar  penumpang lelaki pada 5 Ogos lalu.

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, penumpang itu dilihat memeluk rider berkenaan dari belakang.

Tidak lama kemudian, penumpang itu mula menggerakkan tangannya ke arah alat sulit rider berwajah ‘jambu’ tersebut.

Mangsa yang tidak selesa menarik tangan pelanggan itu dari kawasan alat sulitnya.

Namun, penumpang tersebut sekali lagi meletakkan tanganya di tempat sama, menyebabkan rider itu terpaksa berdiam diri sehingga mereka tiba ke destinasi.

Video yang dikongsi oleh rider Thailand dikenali sebagai Naikarfi_w itu bagaimanapun sudah dipadam daripada aplikasi TikTok.

Artikel Lain