suria

Budak lelaki umur 8 tahun diliwat dalam khemah, pemuda kepala botak diburu!

Ibu bapa perlu berwaspada jika membawa anak-anak ke aktiviti perkhemahan. -Gambar hiasan

POLIS sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menyiasat kes serangan seksual ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan.

Setakat ini sudah mengumpul rakaman daripada hampir 100 rumah dan premis berhampiran lokasi kejadian yang secara totalnya berdurasi 1,500 minit.

Kes itu berlaku di sebuah tapak perkhemahan Teluk Loch Ness di Drumnadrochit, Scotland, awal pagi Khamis.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang tidur bersendirian di dalam khemah.

Bapa kanak-kanak itu serta ahli keluarganya yang lain berada dalam khemah berasingan.

Suspek melarikan diri selepas kejadian itu disedari oleh bapa mangsa.

Suspek digambarkan berkulit putih, botak dan berumur 30 hingga 50 tahun.

Mangsa dan keluarganya adalah pelancong yang bercuti di kawasan itu. -Agensi

Artikel Lain