suria

Berang ditegur meludah atas jalan raya, tiga lelaki tikam pemilik restoran hingga maut

Pertelingkahan mendorong kepada kecederaan yang membawa maut. -Gambar hiasan

SEORANG pemilik restoran ditikam sampai mati akibat menegur perbuatan tidak bermoral seorang penunggang motosikal.

Sewaktu kejadian, mangsa, Lekhraj, 25, dikatakan sedang menutup restoran miliknya bersama dua lagi rakan.

Insiden dilaporkan berlaku di Vijay Nagar, Indore, India pada malam Ahad.

Menurut Timbalan Komisioner Polis, Amarendra Singh, pada masa tersebut, salah seorang suspek yang menunggang motosikal bertindak meludah ke atas jalan raya.

Perbuatannya itu membuatkan mangsa cuba memberi teguran seterusnya mencetuskan pergaduhan.

Suspek yang berang, kemudiannya menikam mangsa sehingga maut.

Ketiga-tiga suspek yang dikenal pasti sebagai Raj Ahirwar, 19, Pawan Rajak, 20, serta Jagdish Sisodia berjaya ditahan oleh pihak polis pada keesokan harinya.

Polis turut merampas motosikal dan senjata yang digunakan.

Kes dilaporkan masih berada dalam siasatan. -Agensi

Artikel Lain