SEORANG lelaki maut selepas menyedut gas petroleum cecair (LPG) domestik yang disalurkan secara terus ke dalam mulutnya.
Mangsa, Laxminarayan Kewat yang bertugas di Jabatan Sukan dan Kebajikan Belia ditemukan maut bersebelahan tong gas di rumah sewa.
Mayatnya juga didapati mengeras susulan pendedahan yang melampau terhadap bahan kimia berkenaan.
Insiden dilaporkan berlaku sekitar pukul 9.30 malam Sabtu di Harda, Madhya Pradesh, India sewaktu ketiadaan isteri serta anaknya yang berusia lima tahun.
Hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 35 tahun itu mengalami ketagihan terhadap permainan secara dalam talian, sehinggakan hutangnya mencecah lakh Rupee atau ribuan ringgit.
"Kewat dikelilingi hutang dan dikejar oleh pemungut hutang sejak kebelakangan ini," dakwa abangnya, Kailash.
Susulan itu, motif tindakan diklasifikasikan berpunca daripada tekanan kewangan dan stres. -Agensi