suria

[V] Majlis kahwin kecoh, pengantin diusir lepas kantoi menyamar jadi perempuan... Patutlah enggan wajah disolek

Tangkap layar video tular di media sosial.

MAJLIS perkahwinan bertukar kecoh apabila pengantin yang disangka perempuan sebenarnya lelaki yang menyamar sebagai wanita.

Penyamaran itu terbongkar ketika pelaku, SM, 25, sedang bersiap untuk bernikah dengan pasangannya, R, 27, pada majlis diadakan pada Selasa lalu.

Kejadian di Basseang, Sulawesi, Indonesia itu mengundang kemarahan penduduk setempat sehingga pengantin terbabit dimarahi dan dihalau keluar dari majlis.

Menurut laporan TribunTimur, orang sekeliling mula berasa curiga dengan gerak-geri SM yang sentiasa menutup wajah dengan purdah. 

Keadaan itu berlanjutan selama tiga hari, sepanjang dia menginap di rumah bakal suami sebelum majlis.

SM dikatakan mengenali R menerusi media sosial namun dia meminta dinikahi tanpa perlu memperkenalkan keluarga atau menunjukkan wajahnya.

Pada pagi sebelum majlis berlangsung, segalanya terbongkar apabila penduduk memaksa SM membuka purdah untuk disolek.

Ketua Polis Lembang, Iptu Ridwan Mustari berkata pihaknya menahan suspek selepas menerima laporan daripada penduduk kampung.

Video kejadian turut tular di media sosial [Tonton sini] memaparkan suasana kecoh dan kemarahan penduduk terhadap tindakan SM.

Artikel Lain