SEORANG remaja perempuan berusia 18 tahun dipercayai menjadi mangsa pembunuhan bapa kandung dan bapa saudaranya, gara-gara menjalin cinta dengan lelaki bukan pilihan keluarga.
Lebih tragis, mangsa dikatakan sempat menghantar mesej kepada teman lelakinya merayu supaya diselamatkan, beberapa jam sebelum kejadian.
Dalam mesej terakhirnya pada 24 Jun, dia menulis: "Datang dan selamatkan saya, jika tidak mereka akan paksa saya berkahwin. Jika saya menolak, mereka akan bunuh saya."
Siasatan polis mendedahkan bahawa mangsa dibunuh di rumah salah seorang bapa saudaranya di kampung Dantiya, dekat Tharad, India.
Mangsa dikatakan diberi susu yang dicampur pil tidur sebelum dicekik hingga mati.
Upacara pengebumian dilakukan keesokan harinya bagi menutup jenayah tersebut.
Bapa mangsa, Sendhabhai Patel, dan bapa saudaranya, Shivrambhai Patel, telah dinamakan sebagai suspek utama.
Shivrambhai telah ditahan, manakala bapa mangsa masih bebas.
Lebih memilukan, mangsa baru sahaja lulus peperiksaan kelayakan perubatan dengan keputusan cemerlang,
Polis percaya motif pembunuhan berpunca daripada kebimbangan keluarga bahawa mangsa mungkin akan melarikan diri untuk berkahwin dengan kekasihnya. -Agensi