suria

Bengang cari isteri tak jumpa, lelaki sembelih budak lelaki 4 tahun!

Mangsa dikelar bapa saudara sendiri dalam kejadian pada Rabu malam itu. -Foto Istimewa

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dengan tragis selepas disembelih bapa saudaranya dalam kejadian pada Rabu malam.

Menurut seorang komando di Geger, Lettu Inf Supono, pada malam kejadian iaitu sekitar  pukul 10 malam, suspek yang berusia 35 tahun datang ke rumah kakak iparnya untuk mencari isterinya.

"Rumah kakak iparnya terletak tidak jauh dari rumah suspek. Ketika sampai, dia bertemu kakak iparnya yang sedang menggendong mangsa. 

"Namun, isterinya tidak ditemui dan suspek bertindak memecahkan tingkap rumah tersebut," katanya pada Khamis.

Dalam suasana tegang itu, suspek kemudian merampas mangsa daripada si ibu sebelum mengelar lehernya menggunakan parang. 

Kejadian meragut nyawa kanak-kanak itu berlaku di Kampung Geger, Bengkalan di Indonesia.

Ibu mangsa menjerit meminta pertolongan namun tidak sempat menyelamatkan anaknya.

Selepas kejadian, suspek melarikan diri ke hutan dan kini sedang diburu pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain