suria

[V] Malam pertama hilang keindahan, isteri terkedu dengar kata-kata suami - "Bahagian itu hitam, ada strechmark"

Wanita ini berkongsi mengenai kisah rumah tangganya di media sosial.

HATI isteri mana yang tidak terluka apabila fizikal dikritik oleh individu yang paling disayangi dan dipercayai bergelar suami.

Lebih memilukan apabila ia berlaku pada 'malam pertama', selepas kedua-duanya disatukan pada hari bahagia.

Meluahkan kesedihan di laman sosial, ujar wanita ini, perkahwinan tersebut didirikan atas dasar cinta mereka berdua.

Wanita ini meluahkan rasa kecewa dengan kata-kata suaminya.

Wanita ini meluahkan rasa kecewa dengan kata-kata suaminya. 

"Aku bukan terburu-buru kahwin, aku pilih sebab cinta dia nampak ikhlas, hangat, lembut dan aku yakin dia bakal jadi 'rumah'.

"Tapi hakikatnya, dia yang buat aku rasa hancur.

"Dari awal bercinta, [Tonton Video] dia tak pernah paksa, tak pernah minta perkara yang buat aku rasa tak selesa, dia sabar, selalu cakap nanti je, selepas halal," ujarnya memulakan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta cerai tak bahagia sejak malam pertama, suami akhirnya buat pengakuan mengejutkan

Namun kata wanita ini, segalanya berubah pada malam pertama mereka. 

Walaupun suaminya tersenyum dan cuba menenangkan dirinya, namun dia mengakui tingkah laku itu terasa janggal.

Tambahan pula, suaminya tiba-tiba bergerak jauh darinya.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Malam itu, malam pertama aku dengan dia, dia senyum tapi lampu bilik tak dimatikan.

"Dia cakap biar kamu tenang, kamu kan tak suka gelap. Tapi, giliran aku 'mahu', dia tiba-tiba menjauh, riak wajah macam tak selesa dan aku jadi pelik, bukan ke waktu tu paling digemari lelaki?

"Aku menangis dan bertanya, kenapa tak sentuh. Dia diam dan pelan-pelan berkata, aku terganggu, bahagian itu (kemaluan) hitam, ada strechmark," kongsi wanita ini.

Menurut wanita ini, meskipun sedih dan terkilan dengan kata-kata suaminya itu, namun rumah tangganya masih kekal sehingga kini.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Ramai yang bersimpati dengan nasibnya selain meluahkan kebimbangan jika berjodoh dengan lelaki yang seperti suaminya.

 

Artikel Lain