suria

Budak lelaki kritikal kemaluan dipotong jiran, polis giat buru suspek

Petugas perubatan sedaya upaya memberikan rawatan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas kemaluannya dipotong, didakwa oleh jirannya dalam kejadian pada Sabtu, menurut polis.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di kawasan Gaurichak, dekat Patna, India.

"Ahli keluarga mangsa membuat aduan, menyatakan bahawa kejadian itu adalah disebabkan isu remeh. 

"Mangsa telah dimasukkan ke Kolej Perubatan Patna," kata Pegawai Polis, Ranjan Kumar.

Polis kini membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut. 

Usaha memburu suspek yang merupakan suami isteri itu giat dijalankan, memandangkan pasangan berkenaan melarikan diri sujurus selepas kejadian. -Agensi

Artikel Lain