MAYAT seorang lelaki yang hampir mereput ditemui di dalam sebuah tong dram di tingkat satu rumah sewanya, pada Ahad.
Menurut polis, kejadian disedari oleh tuan rumah yang kebetulan datang untuk melakukan kerja tertentu, sebelum terhidu bau busuk dari unit yang disewa mangsa.
Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Tijara, dekat Rajasthan, India.
Curiga dengan bau yang agak kuat itu, tuan rumah bertindak menghubungi pihak polis.
Pasukan polis yang tiba di tempat kejadian menemukan mayat seorang lelaki yang disembunyikan di dalam tong dram dan sudah hampir reput.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa telah menyewa rumah tersebut kira-kira satu setengah bulan lalu bersama isterinya serta tiga orang anak mereka.
Bagaimanapun, polis memaklumkan bahawa isteri dan ketiga-tiga anak mangsa menghilangkan diri sejak kejadian tersebut.
"Pasukan dari Makmal Sains Forensik telah dipanggil dan kini sedang mengumpul bukti dari tempat kejadian.
"Kami masih belum dapat memastikan berapa lama mayat itu telah berada di dalam tong atau punca sebenar pembunuhan ini. Semuanya masih dalam siasatan," kata seorang pegawai polis.
Polis juga sedang berusaha menghubungi ahli keluarga mangsa bagi membantu siasatan lanjut. -Agensi