SEORANG lelaki ditangkap buat kali kedua dalam tempoh sebulan kerana didakwa mengganggu wanita dengan menghidu punggung mereka.
Menurut Jabatan Polis Burbank (BPD) di California, Calese Carron Crowder, 38, ditahan pada Rabu lalu sekitar pukul 10.45 malam.
Dia didakwa mengganggu seorang mangsa di sebuah kedai runcit dan farmasi.
Dalam kejadian itu, dia mengekori wanita berkenaan sebelum datang dekat secara tiba-tiba untuk menghidu punggung mangsa.
Sejurus ditahan, dia dihantar ke penjara pada awal pagi Khamis dan kekal berada dalam tahanan sehingga hari ini.
Mengikut rekod polis, Crowder pernah ditahan pada akhir Julai lalu atas kesalahan sama.
"Ketika berada di bahagian barangan wanita, suspek dilihat mengekori seorang pelanggan dan mendekatinya.
"Dia melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menghidu bahagian punggung mangsa,” menurut kenyataan polis ketika itu.
Crowder ialah seorang pesalah seks berdaftar yang kini berada dalam tempoh parol.
Dia turut mempunyai rekod jenayah serupa sejak 2021 di Glendale dan Burbank.
Antara lain, dia sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara atas beberapa kesalahan termasuk memiliki bahan terlarang, pecah rumah dan rompakan. -Agensi.