SEORANG lelaki meninggal dunia selepas seminggu menerima rawatan di hospital akibat dipukul oleh bapa mentuanya.
Mangsa, Omprakash Batham, dipukul oleh bapa mentuanya ketika dia pulang ke kampung halaman isterinya, 19 Ogos lalu.
Mangsa dikatakan sudah setahun berkahwin, namun hubungan itu tidak mendapat restu keluarga mentuanya.
Dia sebelum ini menetap di Dabra, Madhya Pradesh, India bersama isterinya.
Selepas setahun, dia membuat keputusan pulang menziarahi mentuanya di Harsi, Belgarha.
Namun kepulangan pasangan itu menimbulkan kemarahan, menyebabkan mangsa dipukul dengan kayu sehingga cedera parah.
Selain bapa mentuanya, beberapa lagi jiran turut dinamakan sebagai suspek dalam kes itu.
Polis kini giat mengesan mereka yang terlibat.
Isteri mangsa, Shivani Jha, menuntut tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab atas kematian suaminya. -Agensi.