SEORANG pelancong ditikam di muka dan mengalami kecederaan serius ketika cuba melindungi dua wanita daripada diserang dalam sebuah trem.
Mangsa, John Rudat, 21, yang juga model dari Amerika Syarikat berdepan kejadian itu ketika menaiki trem di Dresden, Jerman, pada Ahad.
Mengikut laporan, Rudat pada awalnya cuba menghalang seorang lelaki yang sedang menyerang dua penumpang wanita.
Ekoran tindakannya itu, seorang lagi rakan penyerang tiba-tiba masuk campur dan menikam wajahnya dengan pisau.
Pemuda itu yang mengalami pendarahan teruk dikejarkan ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu teksi nafi rogol wanita tepi jalan, dakwa penumpang rela bogel gara-gara tak mampu bayar tambang
Menurut pihak berkuasa, suspek utama sudah ditahan, namun dibebaskan semula kerana kekurangan bukti.
Susulan pembebasan suspek, model kacak itu meluahkan rasa kecewanya di laman Instagram.
Kedutaan Amerika di turut Jerman mengeluarkan kenyataan menuntut penyerang Rudat segera ditangkap.
“Kami mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam terhadap seorang warganegara Amerika di Dresden. Dia diserang dengan ganas ketika cuba membantu orang lain.
“Kami menggesa pihak berkuasa Jerman segera membawa pelaku ke muka pengadilan dan menghukum mereka dengan seberat-beratnya," menurut kenyataan itu. -Agensi.