suria

Tragis! Mayat pelajar universiti swasta ditemukan tergantung pada kipas siling bilik asrama

Mangsa merupakan penuntut tahun ketiga dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti swasta di Sidhrawali. -Foto NDTV

SEORANG pelajar perempuan di sebuah universiti swasta ditemui mati dalam keadaan mayatnya tergantung pada kipas siling di bilik asramanya, pada Selasa.

Menurut polis, mangsa yang berusia 23 tahun dikenali sebagai Bhumika Gupta, seorang penuntut tahun ketiga dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti swasta di Sidhrawali, dekat Gurugram, India.

Pasukan polis dari Balai Polis Bilaspur bergegas ke lokasi kejadian bersama pasukan forensik, yang menjalankan pemeriksaan terperinci sebelum mayat dihantar untuk proses bedah siasat.

Ketua Balai Polis Bilaspur berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami tekanan berkaitan pelajaran. 

Difahamkan, mangsa menunjukkan prestasi akademik yang baik dalam dua semester pertama, namun dilaporkan semakin tertekan sejak memasuki tahun ketiga pengajiannya.

Pegawai penyiasat turut mengambil keterangan beberapa rakan sekelas mangsa bagi membantu siasatan.

Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif di sebalik insiden tersebut.

"Semua sudut siasatan sedang diteroka. Laporan forensik dan kenyataan daripada rakan-rakan mangsa dijangka membantu mengenal pasti punca sebenar kejadian," kata seorang pegawai penyiasat. -Agensi

Artikel Lain