suria

[V] Jalan rosak teruk, jenazah dibonceng naik motor sejauh 49km ke tanah perkuburan

Jenazah dibonceng menaiki motosikal menuju ke kawasan perkuburan. -Foto detikcom

JENAZAH seorang pemuda terpaksa dibonceng menaiki motosikal akibat keadaan jalan yang teruk.

Video [Tonton Video] tular di media sosial memaparkan jenazah yang ditutupi kain batik,diikat pada badan penunggang motosikal agar tidak terjatuh.

Jenazah Munandar Samania, 23, dibawa sejauh 49 kilometer (km) dari kota Pinogu ke kawasan perkuburan yang terletak di Kampung Tilonggibila, dekat Gorontalo, Sulawesi, dengan melalui empat sungai kecil di sepanjang jalan.

Difahamkan, arwah yang merupakan seorang pemandu teksi motosikal (ojek) jatuh sakit dan dirawat selama lima hari di Hospital Daerah Toto Kabila sebelum disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

Menurut Ketua Kampung Tilonggibila, Max Lagibu, keadaan jalan yang belum diturap dan sering becak ketika hujan menyukarkan kenderaan lain melalui kawasan perkampungan tersebut.

"Dengan keadaan jalan yang rosak, satu-satunya kenderaan yang boleh digunakan adalah motor," katanya.

Jelas Max, semangat kemasyarakatan penduduk kampung begitu utuh sehinggakan 20 buah motosikal mengiringi jenazah atau orang sakit pada satu-satu masa.

"Masyarakat Pinogu akan berasa terpanggil dengan keadaan seperti ini," tambahnya. -Agensi

Artikel Lain