suria

Guru agama menyesal ‘ratah’ pelajar, kerjaya musnah gara-gara terlalu ikut nafsu

Hubungan seks dengan individu bawah umur merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG guru dibuang kerja selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar perempuan.

Mengikut pertuduhan, Richard Murphy, 35, didakwa menjemput gadis itu ke rumahnya untuk melakukan hubungan intim.

Selain rumahnya, guru itu juga didakwa pernah melakukan aktiviti seksual di kawasan sekolah.

Antaranya, dia pernah menghantar foto lucah yang dirakam di dalam tandas kakitangan sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gemar seks berkumpulan, suami isteri guna 4 anak perempuan puaskan nafsu... Mengaku nak langgan pelacur tiada duit

Menurut panel Agensi Peraturan Mengajar (TRA), Murphy merupakan guru pendidikan agama di sebuah sekolah di Bristol, United Kingdom (UK).

Kes melibatkan Murphy tidak dibawa ke mahkamah, sebaliknya dibicarakan oleh TRA yang juga badan pengawal selia profesion perguruan UK.

Polis mengesahkan menerima laporan kes itu pada November 2020, namun Murphy akhirnya dikenakan larangan mengajar seumur hidup pada Ogos tahun ini.

"Setiap hari saya menyesal dan jika boleh, saya mahu kembali untuk mengubah keadaan. Saya minta maaf kepada semua bekas pelajar saya dan bekas rakan sekerja saya. 

"Saya mengecewakan diri saya dan mereka semua melalui tindakan saya," kata Murphy dalam satu kenyataan yang diserahkan kepada panel. -Agensi.

Artikel Lain