DUA pelajar sekolah menengah ditahan polis pada Selasa selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki transgender atau 'mak nyah'.
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 15 tahun dan 14 tahun itu ditahan di lokasi berasingan.
Mereka merupakan pelajar di sebuah Sekolah Menengah Rendah di daerah Pesawaran, di Lampung, Indonesia.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Daerah Pesawaran, Pande Putu Yoga Mahendra, penahanan dibuat selepas mangsa ditemukan mati di dalam salunnya.
Susulan kepada hasil siasatan awal, polis menahan suspek pertama di rumah ibu bapanya sebelum berjaya menahan seorang lagi suspek di rumah neneknya.
Kedua-dua pelajar terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Pesawaran bagi membantu siasatan.
Polis memaklumkan, siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan keterangan lengkap daripada mereka.
Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa turut melibatkan Balai Permasyarakatan (Bapas) dalam proses siasatan memandangkan kedua-duanya masih di bawah umur dan berstatus pelajar. -Agensi