suria

Kantoi bercinta dengan pemuda kampung, abang dah berkahwin rogol adik sebagai hukuman

Pelaku jenayah rogol wajar diberi hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki bertindak kejam terhadap adiknya sendiri kerana tidak merestui percintaan gadis itu dengan seorang pemuda. 

Suspek yang berusia 29 tahun merogol adiknya sebanyak dua kali dan mencederakan tubuh mangsa menggunakan rokok. 

Suspek dikatakan melakukan jenayah itu sebagai 'hukuman' atas tindakan adiknya yang menjalinkan hubungan cinta.

Mangsa berusia 22 tahun bercinta dengan kekasihnya sejak tiga tahun lalu sebelum perkara itu diketahui abangnya. 

Menurut polis, suspek mengeksploitasi maklumat itu untuk menakut-nakutkan serta mengawal mangsa, sehingga akhirnya melakukan serangan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Penebar roti canai rogol pelajar OKU atas sofa dapur

Serangan pertama berlaku pada 13 Julai ketika isteri suspek pulang ke rumah ibu bapanya. 

Kejadian kedua berlaku pada 22 Ogos ketika isterinya keluar atas urusan peribadi. 

Dalam serangan kali kedua, suspek meletakkan rokok yang dinyalakan ke paha kanan mangsa sehingga meninggalkan kesan melecur.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bhavnagar sebelum suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut polis, insiden itu berlaku di Bhavnagar, Gujarat, India. -Agensi.

Artikel Lain