SEORANG pemandu teksi e-hailing berusia 19 tahun ditahan atas tuduhan merogol seorang penumpang wanita warga Afrika serta mencuri telefon bimbitnya.
Menurut polis, mangsa berusia 28 tahun yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta itu membuat laporan polis pada awal pagi Ahad.
Wanita itu mendakwa pemandu berkenaan memberhentikan keretanya lewat malam Sabtu, menariknya ke tepi jalan dan dirogol serta telefon bimbitnya dicuri.
Kejadian berlaku di Soi Somboon Sapin, daerah Thalang di Thailand.
Insiden itu berlaku selepas pemandu terbabit menghantar rakan mangsa ke destinasi di Soi Somboon Sap.
Suspek rogol warga Afrika diberkas polis. -Foto Thalang police station
Mangsa yang masih berada di dalam teksi menyangka dia akan dihantar pulang ke rumahnya di Tambon Pa Khlok.
Namun sebaliknya, pemandu itu memberhentikan kereta di kawasan sunyi sebelum didakwa merogolnya.
Polis kemudian membawa mangsa ke Hospital Thalang untuk pemeriksaan perubatan.
Suspek bagaimanapun menafikan tuduhan rogol dan mendakwa hubungan seks tersebut adalah sebagai bayaran kerana mangsa tidak mampu membayar tambang.
Siasatan polis masih diteruskan. -Agensi