suria

Guna ‘filter’ pikat lelaki muda, makcik 52 tahun mati dijerut dengan selendang... Suspek tertekan dipaksa kahwin

Hukuman berat menanti pesalah kes bunuh. -Gambar hiasan

HUBUNGAN cinta terlarang yang bermula di platform media sosial berakhir dengan tragedi apabila seorang wanita dicekik hingga mati oleh kekasihnya yang 27 tahun lebih muda.

Mangsa berusia 52 tahun itu adalah isteri kepada seorang petani dan ibu kepada empat orang anak, manakala kekasihnya berusia 25 tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Rani Devi berkenalan dengan suspek, Arun Rajput di media sosial sejak 18 bulan lalu.

Untuk menutup jarak usia, Rani dikatakan menggunakan penapis gambar (filter) bagi kelihatan lebih muda. 

Hubungan maya mereka kemudian bertukar kepada pertemuan rahsia dengan lokasi kejadian berlaku di Agra, India.

Rani Devi (kiri) menjadi mangsa bunuh kekasihnya, Arun Rajput.Rani Devi (kiri) menjadi mangsa bunuh kekasihnya, Arun Rajput.

Selepas mengetahui umur sebenar mangsa, Arun masih meneruskan hubungan itu dan pada masa yang sama dipercayai menipu Rani lebih 1.5 lakh (sekitar RM8,400).

Konflik memuncak pada 10 Ogos lalu apabila Rani mendesak Arun memulangkan wang atau mengahwininya. 

Pertengkaran itu membawa tragedi apabila Arun memujuk mangsa ke lokasi terpencil sebelum mencekiknya menggunakan selendang sebelum mayat Rani ditemukan keesokan harinya.

Ketua Polis Agra, Arun Kumar, berkata suspek mengaku melakukan pembunuhan kerana tidak tahan didesak berkahwin serta memulangkan wang. 

“Bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat dicekik,” katanya.

Polis turut mendedahkan bahawa telefon bimbit suspek mengandungi bukti gambar serta komunikasi dengan mangsa.

Identiti Rani pada awalnya tidak diketahui sehingga gambar mangsa disebarkan ke beberapa daerah hinggalah hujung Ogos pengecaman mayat dibuat oleh keluarganya.

Artikel Lain