suria

Warga emas dibunuh, mayat dicampak dalam telaga… Dalang rupanya isteri sendiri, berpakat dengan kekasih gelap

Mayat mangsa dibunuh sebelum dicampak ke dalam telaga. -Foto NDTV

PENDUDUK kampung gempar susulan penemuan mayat seorang lelaki warga emas yang dicampak dalam telaga dalam keadaan jasadnya dibungkus dalam karung dan selimut.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kampung dekat daerah Anuppur, Madhya Pradesh, India.

Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Bhaiyalal Rajak, 60, ditemui oleh bekas isteri keduanya, Guddi.

Hasil siasatan polis akhirnya membawa kepada penangkapan isteri mangsa, Munni dan dua lelaki termasuk kekasih gelap wanita tersebut yang dikenali sebagai Lallu, dalam tempoh 36 jam.

Menurut polis, Munni dan Lallu berpakat merancang pembunuhan Bhaiyalal kerana tidak mahu hubungan terlarang mereka terbongkar.

Mereka bagaimanapun mengupah seorang pemuda bernama Dheeraj Kol, 25, untuk melaksanakan jenayah tersebut.

Pada awal pagi 30 Ogos, ketika Bhaiyalal sedang tidur nyenyak, Lallu dan Dheeraj memukul kepalanya dengan batang besi hingga maut.

Mayatnya kemudian dibungkus dan dibuang ke dalam telaga kampung. 

Hasil bedah siasat mengesahkan Bhaiyalal meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala. 

Ketiga-tiga suspek kini ditahan bagi membantu siasatan polis. -Agensi

 

Artikel Lain